Saturday, October 9, 2010

>> kisah ini,ditujukan khas utk MOHD AFIFI :)

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya dengan nada terkejut.

“Syg letih,B tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

“Apa yang b boleh lakukan untuk mengubah fikiran syg?” Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

“Syg ada SATU soalan, kalau B temui jawapannya di dalam hati Syg, Syg akan mengubah fikiran Syg; Seandainya, Syg menyukai sekuntum bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita berdua tahu jika B memanjat gunung-gunung itu, B akan mati. Apakah yang B akan lakukan untuk syg?”

Dia termenung dan akhirnya berkata, “B akan memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan. ..

‘Sayangku, B tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan B untuk menjelaskan alasannya.” Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

“Syg boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program di dalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, B harus memberikan jari-jari B supaya boleh membantu Syg untuk memperbaiki program tersebut.”

“Syg selalu lupa membawa kunci rumah ketika Syg keluar, dan B harus memberikan kaki B supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Syg ketika pulang.”

“Syg suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Syg kunjungi, B harus mencari Syg dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Syg pulang ke rumah.”

“Syg selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Syg datang setiap bulan, dan B harus memberikan tangan B untuk memicit dan mengurut kaki Syg yang sengal itu.”

“Syg lebih suka duduk di rumah, dan B selalu risau Syg akan menjadi ‘pelik’. Dan B harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Syg di rumah atau meminjamkan lidah B untuk menceritakan hal-hal kelakar yang B alami.”

“Syg selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Syg, B harus menjaga mata B agar ketika kita tua nanti, B dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu. “

“Tangan B akan memegang tangan Syg, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”

“Tetapi sayangku, B tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, B tidak sanggup melihat air matamu mengalir menangisi kematian B.”

“Sayangku, B tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada B mencintai Syg.”

“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata B tidak cukup bagi Syg. B tidak akan menahan diri Syg mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Syg.”

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

“Dan sekarang, Syg telah selesai membaca jawapan B. Jika Syg puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan B tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, B sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Syg.” “Tetapi, jika Syg tidak puas hati, sayangku…biarkan B masuk untuk mengemaskan barang-barang B, dan B tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia B bila Syg bahagia.”

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:)

......mohd afifi,sy sgt cintakan awk ...slps awk bace crite ni,send msj kt sy bgtaw ape prasaan awk pd sy skunk ...sy syg awk :)

No comments:

Post a Comment